Thursday 11 June 2015

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENGANDUNG

Bulan ramadhan badan kita diberi rehat dari aktiviti memproses makanan yang berat. Ia juga merehatkan sebentar perut dari dipenuhi oleh makanan. Begitu juga bagi ibu yang hamil dan juga ibu yang menyusukan. Sebenarnya cara mereka berpuasa adalah sama, tetapi mungkin sestengah kondisi, mungkin ibu hamil memerlukan nutrien yang lebih untuk ibu dan anak, seperti pengambilan suplemen. tertentu, mungkin agak berbeza. Apa yang penting adalah amalan dan aturan makanan yang membawa kebaikan untuk ibu dan bayi.

KAJIAN kesihatan mendapati ibu mengandung yang berpuasa tidak menjejaskan kandungan walaupun kadangkala tidak selesa terutama pada tahap tiga bulan pertama kandungan. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed, berkata ibu hamil masih boleh berpuasa kerana ia tidak memberi kesan kepada perkembangan bayi.

Ibu mengandung boleh berpuasa, membaca al-Quran terus menerus dan doa untuk kesihatan bayi dalam kandungan,” katanya yang tidak menafikan cabaran ibu mengandung terutama loya, muntah, pening dan gastrik pada tiga bulan pertama menyebabkan badan kekurangan air hingga ada terpaksa menerima rawatan di hospital.

Dr Ariza berkata, proses dehidrasi menjadikan ibu lemah, berat berkurangan tetapi biasanya keadaan itu tidak menjejaskan bayi. Begitu juga bagi ibu pada peringkat tiga bulan terakhir terpaksa berhadapan dengan keletihan, sukar untuk fokus, tidak dapat tidur dengan baik dan berat badan mungkin statik atau berkurang.

Dalam keadaan itu bayi tidak terjejas kerana mereka mendapat cukup makanan daripada ibu. Jika mampu ibu mengandung boleh berpuasa tetapi boleh berbuka apabila mengalami muntah yang teruk. Cuma dari segi menggantikan puasa, ada perbezaan pendapat,” katanya.

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah bagaimana membantu ibu hamil agar dapat berpuasa sepenuhnya. Mungkin ibu mengandung diberi kelonggaran untuk membuka puasa mereka disebabkan kemungkinan akan memberi kemudaratan kepada ibu dan anak. Tetapi selagi upaya, teruskan saja.

WAKTU SAHUR
  • Pilih makanan dari sumber protein seperti ayam, telur, ikan. Juga kandungan lemak yang cukup, JANGAN berlebihan. Kombinasi PROTEIN DAN LEMAK boleh melambatkan rasa lapar disiang hari.
  • Elakkan ambil makanan manis agar tubuh tidak cepat merasa lapar akibat dari kejutan insulin. Usahakan minum segelas susu untuk mengurangkan risiko anemia. Juga perlu untuk minum air masak
  • Selain itu pengambilan kalsium juga perlu, untuk mengekalkan kecergasan disiang hari. Pilihlah sumber kalsium semulajadi iaitu kombinasi kalsium+magnsium+vitamin d, untuk mendapat kadar serapan yang lebih baik.

KETIKA BERPUASA
  • Lakukanlah ibadah puasa dengan niat yang ikhlas dan tekad untuk beribadah, agar segalanya berjalan lancar dan mudah.
  • Berikan badan anda rehat yang cukup
  • Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga seperti kerja dilapangan atau memikirkan hal yang berat sehingga boleh mendatangkan stress.
  • Banyakkan amalan rohani seperti bertadarus, berzikir dan sebagainya untuk mendapat fadhilat ramadhan.

Segera Batalkan Puasa
Jika:
  • Muntah muntah lebih 3 kali kerana dikhuatiri akan mengalami dehidrasi.
  • Perut memulas dengan kerap.
  • Hidung berdarah disebabkan pembuluh darah, ia menandakan kondisi tubuh tidak stabil.
  • Lemas, pening kepala, mata berpinar, mungkin tanda hypoglisemia iaitu janin kekurangan gizi.
  • Berpeluh sejuk dengan kerap, menandakan tubuh tidak mampu lagi untuk berpuasa.


WAKTU BERBUKA
  • Mulakan dengan minum air hangat dan sesuatu yang manis seperti kurma untuk meningkatkan kadar gula dalam darah. Cuba elak minuman sejuk kerana ia akan mengerah buah pinggang untuk bekerja lebih.
  • Ambil kalsium sebagai suplemen tambahan. Makanlah berdikit dikit dengan makan makanan sumber karbohidrst yang mudah diserap oleh tubuh seperti pengat.
  • Selepas solat maghrib, ambillah makanan yang agak berat tapi bukan dalam jumlah yang besar, cukup sekadar saja.
  • Juga jangan dilupa untuk minum air masak sebagai membantu diri untuk elak dehidrasi disiang hari. Paling penting sudah tentulah vitamin/suplemen untuk ibu dan anak seperti multivitamin, b complex, juga vitamin c.


Itulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan. Semoga ianya dapat membantu anda ibu yang hamil untuk meneruskan ibadah puasa dengan tubuh yang sihat, juga beramal dengan hati yang riang.

No comments:

Post a Comment