Thursday 17 July 2014

PUNCA KETIDAKSUBURAN & CADANGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Punca ketidaksuburan WANITA & LELAKI



Berikut merupakan antara punca-punca ketidaksuburan wanita.

# Saluran tiub fallopio tersumbat – disebabkan jangkitan kuman yg menyebabkan tuib fallofio tersumbat atau kandungan luar rahim dan juga disebabkan endometriosis.

# Endometriosis – terjadi apabila tisu dari selaput rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Terdapat tisu endoetrium yang melalui tuib fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid yang menyebabkan radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesame sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.

# Gangguan telur – hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbang hormone boleh berlaku disebabkan berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat dan juga boleh disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.

# Masalah rahim – ketumbuhan pada rahim (fibroid) iaitu terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia bole membesar dan menyebabkan kesakitan semasa period.

Punca ketidaksuburan LELAKI

Berikut pula antara punca-punca ketidaksuburan di kalangan lelaki.

# Sperma tidak matang – masalah ini berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang mencukupi dan dapat bergerak bebas. Kegagalan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin juga menyebabkan masalah ini.

Penyebab lain adalah seperti gangguan hormon, masalah keturunan dan faktor persekitaran. Selesema juga boleh membawa kesan kepada kekurangan kualiti sperma.

# Gangguan pengangkutan sperma – kekurangan sperma yang dapat memasuki tubuh wanita kerana salur duktus yang membawa air mani tersumbat.

Berdasarkan punca-punca di atas, beberapa langkah boleh diambil untuk hamil iaitu:-

1. Mengambil Multivitamin – semua wanita yang merancang untuk hamil adalah SANGAT disarankan untuk mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan janin. Si suami pula dinasihatkan untuk mengambil supplement zink dan sclenium yang dapat membantu pengeluaran sperma.

2. Dapatkan berat badan ideal – Sekiranya terlalu gemuk atau kurus ia akan mempengaruhi tahap kesuburan. Oleh itu sila kawal berat badan.

3. Ketahui waktu subur – Hari subur cuma berlaku 4 – 5 hari dalam sebulan. Dengan mengetahui tahap subur, peluang untuk hamil adakah tinggi. Salah satu cara untuk mengetahui hari subur adalah dengan mencatatkan suhu badan asas anda dan perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lender serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.

4. Tingkatkan kesuburan lelaki – pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap yang optimum dengan mengamalkan hidup sihat.

5. Kurangkan tekanan – terlalu tertekan akan mengganggu kesuburan.

Jauhi dadah, rokok dan minuman keras – ia akan memberi kesan kepada kesuburan serta meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.

**********************************************************************************************************************************

Sekarang mari kita lihat pula apa yang ada di dalam Set Kesuburan Shaklee. Suka saya ingatkan supplement ini bukan jaminan untuk hamil, namun sebagai salah satu usaha kita untuk menstabilkan hormon, membaiki sel-sel badan agar berfungsi sepenuhnya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

~~Set Kesuburan Shaklee mengandungi vitamin/supplement seperti di bawah~~



* Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

* B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).

* Vita C
Mengandungi anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

* Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

* Vita E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

* GLA Complex
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.

* Zinc Complex
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan memberi harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Banyakkan istighfar dan bersedekah kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. Insyaallah..pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian.

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi set yang bersesuaian

♥ Azima Fuazi
♥ Shaklee Independent Distributor [ID No : 921891 ]
♥ SMS / WHATSAPP 017 4804683

♥ FB page : CeriaBertenaga

No comments:

Post a Comment